Search

Wednesday, October 19, 2011

[TV] Kanak2 Usia Bawah 2 Tahun Tak sesuai

NEW YORK: Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam.

Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak.
Berdasarkan kajian dikemas kini, kami memperoleh bukti media elektronik seperti televisyen dan video berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Justeru, itu AAP tidak menggalakkan mereka menonton televisyen dan video, katanya.
Kajian terbaru itu bagaimanapun, tidak merujuk kepada permainan interaktif seperti permainan video, telefon pintar atau peralatan lain, hanya menjurus kepada media tontonan pasif ke atas mana-mana jenis layar sama ada telefon, komputer, televisyen atau lain.

Meriah : Kepulangan Tahanan Palestin Disambut


BANDAR RAYA GAZA: Berpuluh ribu penduduk Palestin mengibarkan bendera sambil bersorak kegembiraan, ketika menyambut kepulangan beratus-ratus warganya yang dibebaskan dari penjara Israel selepas perjanjian pertukaran antara tahanan dengan seorang askar Israel, Gilad Schalit.

Di Gaza, pergerakan Hamas mengadakan satu majlis khas bagi meraikan kepulangan tahanan berkenaan, sekali gus untuk menunjukkan kekuatan dan semangat perpaduan kumpulan pejuang itu yang berjaya menguasai Gaza daripada Presiden Mahmoud Abbas, lebih empat tahun lalu.
Persetujuan Israel yang terpaksa tunduk dengan syarat Hamas dan selain tekanan berterusan rakyatnya sendiri, disifatkan satu kemenangan besar kepada perjuangan kumpulan itu.
Berpuluh ribu orang bersesak di sebuah kawasan lapang di mana sebuah pentas besar dibina dan dihiasi dengan gambar Schalit, yang ditangkap pada Jun 2006 di sebuah pangkalan tentera di sempadan Gaza.

[Saguhati] Untuk 74,958 bekas anggota polis zaman darurat



KUALA LUMPUR: Seramai 74,958 orang bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang berkhidmat semasa zaman darurat, serta duda dan balu mereka menerima bayaran saguhati khas kerajaan sejak 2003 hingga kini berjumlah RM74.9 juta.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata setiap bekas polis atau balu kepada anggota polis itu menerima RM1,000 secara 'one-off'.
"Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan wira yang tidak didendang ini, iaitu anggota pasukan keselamatan termasuk kira-kira 48,000 orang bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat.
"Mereka ini terdiri daripada bekas anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Squad," katanya menjawab soalan Mohd Nasir Ibrahim (BN-Kuala Nerus) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mohd Nasir dalam soalannya bertanya sejauh mana kerajaan mengiktiraf dari segi pemberian pampasan dan pencen kepada pasukan keselamatan yang terkorban ketika menentang komunis seperti peristiwa Bukit Kepong.

[HANGAT] GAMBAR MICHEAL JACKSON YANG DIBEDAH SIASAT

Pihak pendakwaraya hari ini sekali lagi membuat kejutan dengan menunjukkan gambar autopsi MJ. Gambar ditunjukkan sebagai bukti untuk mendakwa Dr Conrad Murray, bekas doktor peribadi MJ atas kesalahan membunuh. Perbicaraan sudah masuk minggu ke dua danapakah lagi kejutan yang bakal muncul?

Mayat lelaki mangsa bunuh ditemui terapung

BALIK PULAU: Mayat seorang lelaki dengan tangan dan kakinya diikat yang dipercayai mangsa bunuh ditemui terapung di persisiran pantai Batu Maung di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Supt Hatta Mohd Zain, berkata mayat itu ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari pesisiran pantai oleh seorang pekerja pembinaan jambatan kedua.
"Siasatan awal mendapati mayat lelaki itu sudah seminggu dicampak ke dalam laut berdasarkan keadaan mukanya yang hancur dan juga reput di beberapa bahagian anggota," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan doktor di Hospital Pulau Pinang mendapati mangsa mati akibat lehernya dikelar.

Wednesday, October 12, 2011

MEngapA ALLAH TemuKan KitA DengaN OranG Yang SalAh

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

BOOST YOUR BLOG