Search

Friday, January 14, 2011

Entertainment Sains - Benarkah Nabi Sulaiman telah pun menguasai UFO??? Part 1



Pada artikel ini Penulis (Jonathan Simamora) cuba memberikan kajian Ilmiah yang dikumpul dalam bentuk analisa yang mungkin saja bakal menimbulkan perbincangan serius.

Saya merasa bahawa kajian yang diberikan Penulis dengan beberapa analisa dan tafsirannya yang berkaitan dengan Al-Quran dan science boleh membuka sedikit cara pandang kita mengenai teknologi Piring Terbang atau biasa kita sebut UFO.

Beberapa penjelasan ataupun petikan, telah admin cuba sarikan dengan mengurangkan dan / atau menambah beberapa bahagian analisis untuk lebih mempermudah dalam pemahaman analisanya, namun tetap tidak menghilangkan inti dan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis.

Cuba kita fikirkan, bukankah Al-Quran adalah maklumat penting yang sangat bagus untuk dikaji? Peradaban yang sangat moden, bangunan-bangunan yang dibina dengan sangat tinggi, pemindahan istana dilakukan dalam waktu sekejap pada zaman Nabi Sulaiman dan pastinya lebih banyak lagi hal-hal yang kita rasa tidak mungkin untuk dilakukan dengan teknologi yang ada pada masa itu.

Persoalannya, mengapa tamadun-tamadun maju seperti itu dimusnahkan? Namun sisa-sisa peradaban itu masih dapat kita temui sekarang dan siapa yang mampu membawa dan menguasai tamadun itu dimasa sekarang?


Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya jangan lenyap; dan sungguh jika keduanya akan lenyap tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

(QS. 35:41)




Semesta raya ini berasal dari Alma 'yang diberi Rawasia

Rawasia merupakan turunan kata rasa / meneguhkan, mengikat, menambat, dan dengan demikian memiliki arti peneguh, pengikat, penambat atau gaya alami yang menyusun tata letak dan tata gerak semesta.


Para saintis sendiri telah merumuskan empat gaya alami yang menetapkan matematik tata letak dan tata gerak semesta:

1. Graviti yang membuat bahan-bahan bermassa saling tarik.


2. Elektromagnetika yang bekerja pada muatan elektrik yang diam dan bergerak, termasuk antara inti atom dan elektron.

3. Interaksi lemah yang mengikat inti atom.


4. Interaksi kuat yang mengikat partikel yang menyusun inti atom.


Dengan berbagai sistem Rawasia itu terwujudlah berbagai macam benda angkasa, berasingan mengikut keadaan dan susunan sebagaimana yang kelihatan sekarang.


Namun meski semua benda-benda angkasa, terutama planet-planet mempunyai Rawasia tetapi masing-masingnya mempunyai daya tarikan yang berbeza. Hal itu bergantung pada jarak suatu planet dari matahari selaku titik pusat yang dilindungi.


Semakin dekat suatu planet pada matahari semakin kecil daya tarik magnetnya dan semakin tebal atmosfera yang melitupi planet itu. Sebaliknya bila suatu planet jauh dari matahari maka nilai tarik magnetnya lebih besar dan atmosfirnya lebih tipis. Demikian pula susunan bintang-bintang yang mengorbit dalam daerah suatu galaksi, berbeza-beza pula nilai tariknya.

Bumi dan planet lainnya memiliki Rawasia dengan sistem yang dinamakan Simple, Untuk contohnya kita pakai planet bumi ini sendiri. Dari utara keselatan membujur Rawasia atau batang magnet yang memainkan bumi ini 3600 dalam masa 24 jam (tepatnya 23 Jam 56 minit).

Hal itu berlaku berpanjangan. Kutub utara bumi adalah hujung Rawasia dengan magnet negatif dan diselatannya positif, iaitu kebalikan dari unsur magnet yang dimiliki matahari pada kedua-dua kutubnya, dan hal inilah yang menyebabkan adanya tarik menarik antara bumi dan matahari disepanjang zaman.

Bumi berputar disumbunya sambil beredar mengelilingi matahari pada jarak tertentu yang dianggarkan sejauh 93.000.000 batu.


Kutub utara bumi menarik unsur positif dari permukaan matahari sambil membuang unsur negatif yang ditarik oleh kutub utara matahari. Kutub selatan bumi menarik unsur negatif dalam poket membuang unsur positif yang ditarik oleh kutub selatan matahari.

Unsur magnet yang di kutub utara dan selatan bumi berpapasan dalam perut bumi dan perantukannya boleh menimbulkan gempa dan letusan gunung. Jadi magnet bumi ini hanya keluar dikutub-kutubnya dan kerananya permukaan planet ini membeku praktikal digunakan untuk tempat kehidupan. Fungsi Rawasia yang demikian kita namakan dengan sistem Simple.

Kalau orang memperhatikan kedudukan pool magnet bumi di utara dan di selatan, terbuktilah bahawa pool atau ujung Rawasia itu sentiasa berpindah tempat sejauh maksimum 100 dari kutub putaran bumi atau sejauh 1,100 kilometer. Hal ini sesuai dengan m
aksud ayat berikut:


Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk

Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.

(QS. 16:15-16)


Maksudnya adalah bahawa adakalanya matahari tepat menyinari daerah equator bumi, waktu itu tercatat sekitar tarikh 21 Mac dan 22 September. Jika pada kedua-dua tarikh itu kita memperhatikan kompas akan kelihatanlah kedua jarumnya tepat menunjuk kearah utara dan selatan kutub putaran bumi.

Ini memperlihatkan bahawa antara kedua-dua hujung Rawasia bumi terbentuk segitiga sama kaki dengan matahari sebagai titik sudut ketiga.

Adakalanya matahari itu condong ke selatan, penanggalan waktu itu mencatat sekitar tarikh 22 Disember, berlakulah puncak musim panas dibelahan selatan bumi dan puncak musim sejuk dibelahan utara bumi.


Sebaliknya sekitar tarikh 21 Jun, matahari berada maksimum di utara dan berlakulah siang yang panjang dibelahan utara bumi dan malam yang panjang dibelahan selatan.

Dalam kedua-dua tarikh itu orang akan dapat memerhatikan bahawa jarum kompas berpindah sejauh 100 dari kutub utara pusingan bumi kerana sebagaimana dikatakan tadi, hujung Rawasia bumi sentiasa membentuk segitiga sama kaki dengan matahari.

Bumi yang beratnya sekitar 600 trilion tan tidak jatuh pada matahari keran
a daya lantingnya (sentrifugal) dalam mengorbit, sebaliknya dia tidak terlanting jauh keluar garis orbitnya ditahan oleh daya jatuhnya (graviti) pada matahari sebagai pusat orbit.

Daya lanting bumi dan daya jatuhnya sama besar, disebut orang dengan Equillibrium, kera
na itu sampai sekarang bumi yang kita diami ini sentiasa berputar beredar mengelilingi matahari.

Al-Quran sering menjelaskan persoalan putaran dan orbit benda-benda angkasa, tidak bertiang dan tidak bertali, semuanya bergerak dalam keadaan tidak terapung.

Hanya Rawasialah yang berlaku sebagai tenaga sentrifugal dan gaya tarik universal yang menyebabkan setiap planet itu berputar disumbunya sambil membawanya berkeliling matahari.


Kini kita misalkan saja, bagaimana kalau kuasa lanting bumi digunakan sedangkan kuasa jatuhnya ditiadakan?

Ketika itu terjadi, maka praktikal bumi ini akan melayang jauh meninggalkan matahari sebagaimana yang diungkapkan dalam surah 35:41 di atas. Jadi tenaga sentrifugal demikian dapat digunakan untuk terbang jauh jika tenaga graviti dihilangkan. Akhirnya kita ketuk kepa
da,

"Bagaimana cara menghilangkan daya jatuhnya itu?"
Nah, kita akan cuba mengaplikasikannya dalam teknologi kapal terbang. Salah satu caranya adalah dengan memainkan bahagian pesawat secara horizontal, bila pusingan itu semakin cepat, maka akan semakin besar daya sentrifugal dan semakin kecillah daya graviti, akhirnya kuasa jatuh itu akan hilang sama sekali dan mulailah pesawat terangkat dengan mudah tanpa pengaruh tarikan bumi.

Tentu kita akan hairan,


Sambungan part 2





No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails