Search

Friday, January 7, 2011

Hot News - Harga Sayur Naik, Tanam Sayur Sendiri > Menteri

Ini bukan cerita yang dibuat oleh saya sendiri. Saya cuma menyiarkan nya dari sumber2 tertentu dan juga akhbar. Harap jangan ada pihak yang terasa atau pun marah dengan saya atau mengaitkan dengan politik. Please guyz. Be mature enough. Ok sila baca dibawah untuk maklumat lanjut




ALOR SETAR – Baru kecoh kenaikkan harga mendadak santan mentah diseluruh Negara, harga perbagai jenis sayuran di Kedah pula mengalami kenaikkan mendadak sehingga 125% dari harga asal sejak seminggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian dipasar Borong Persatuan Saudagar-saudagar Ikan Kedah di sini semalam mendapati kira-kira 10 jenis sayuran mengalami kenaikkan antara 50Sen sehingga RM20 sekilogram, termasuk Sawi, Bawang Besar, Ubi Kentang dan Tomato.

Bagi Sawi harga naik daripada RM2 kepada RM4 sekilogram, manakala Terung meningkat antara RM2 hingga RM2.50 kepada RM3.50 hingga RM4.

Cabai Kering meningkat dari RM7 kepada RM9 sekilogram, Asam Jawa meningkat sebanyak RM10 bagi kuantiti pek besar, Daun Sup naik daripada RM7 sekilogram kepada RM12 sekilogram dan Bunga Kobis mengalami kenaikkan 50 sen sekilogram.



Saranan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan


TANAM SENDIRI SAYUR


Terpulang lah kepada anda untuk menerima kenyataan ini atau tidak. Adakah anda akan menyahut saranan yang diberikan?. Hanya anda yang mengetahui jawapanya. Okey.

p/s Sumber dari CG

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails