Search

Loading...

Thursday, February 3, 2011

Entertainment Sains - Keistimewaan Tulang Manusia Yang Tak Dapat Ditiru

Ada beberapa jenis sambungan yang berbeza antara tulang kita. Jika beberapa sambungan membolehkan tulang untuk bergerak muka belakang, yang lain membolehkan kita bergerak ke samping. Sekarang mari kita teliti sambungan-sambungan dan tulang ini lebih dekat lagi.

Tulang-tulang kita melakukan tugas membawa dan melindungi tubuh kita. Pastilah, tulang itu telah diciptakan cukup kuat dan mampu melakukan tugas-tugas sulit ini.

Tulang-tulang kita ringan kerana struktur bahagian dalamnya berlubang seperti sarang madu. Akan tetapi, walaupun tulang itu sangat ringan kerana bentuk berlubangnya ini, tulang juga sangat kuat. Namun ini tidak bererti bahawa tulang tidak boleh patah. Sebaliknya, tulang begitu keras sehingga jika kamu mengambil sejumlah tulang dan baja, tulang lima kali lebih kuat daripada baja. Otot paha di kaki kamu, misalnya, memiliki banyak kemampuan seperti itu sehingga boleh mengangkat satu tan beban ketika berdiri tegak. Ketika kamu melompat atau berjingkrak dari satu tempat ke tempat lain, tulang ini akan berada dalam suatu bobot yang sama dengan 3-4 kali berat badan kamu. Akan tetapi, kamu tidak mengalami kerosakan apa pun berkat kekuatan tulang kamu.


Apa yang menyebabkan tulang begitu kuat?

Sebenarnya, jawapan atas pertanyaan ini tersembunyi dalam penciptaan tulang yang tidak ada taranya, yang telah kita terangkan secara ringkas di atas. Tulang terbuat dari rangkaian berlubang / berpori seperti sarang lebah madu. Berkat bentuk ini, tulang sangat keras dan sekaligus cukup ringan untuk digunakan dengan mudah. Jika berbentuk sebaliknya, yakni jika bahagian dalam tulang itu kaku dan tidak ada ruang apa pun seperti bahagian-bahagian luarnya, tulang akan menjadi terlalu berat. Selanjutnya, kerana tulang sama sekali tidak lentur, tulang kalian bisa patah atau retak hanya kerana pertembungan yang terkecil sekalipun, katakanlah ketika tangan sedikit ketuk pada hujung almari. Akan tetapi, Tuhan Maha Penyayang dan Dia telah menjadikan tulang kita sehingga boleh memberi kemudahan dan perlindungan tubuh.



Bahan pembuat tulang telah membuat para saintis sangat tertarik dan mereka telah cuba meniru rangkaian tulang selama bertahun-tahun. Rangkaian ini, yang sangat kuat, walaupun juga sangat ringan, dan yang terpenting mampu memperbaiki dirinya sendiri, boleh tumbuh sendiri. Sebab panjang tubuh kamu saat ini tidak sama dengan panjang tubuh kamu 4-5 tahun yang lalu dan perbezaan kualiti kamu dengan sekarang ketika berumur 19-20 tahun adalah pertumbuhan tulang kamu. Yang menakjubkan, pertumbuhan itu sangat seimbang. Tangan kalian tumbuh ketika kaki kamu tumbuh. Jari-jari tangan dan kaki tumbuh secara selaras dan pertumbuhan setiap tulang berhenti pada saat yang tepat. Bahkan, ini tidak tidak hanya terjadi dalam tubuh kamu, melainkan juga pada tubuh setiap orang yang sihat. Setiap tubuh memiliki tulang yang mempunyai sifat ini.

Para saintis melakukan kajian untuk menghasilkan zat yang serupa dengan zat yang membentuk tulang dalam tubuh manusia. Namun, tak seorang pun mampu mengembangkan zat dengan sifat yang demikian canggih seperti yang dimiliki tulang.
Berkat sifat pengasih Tuhan, tulang kita membolehkan kita untuk menjalani hidup dengan mudah dan melakukan pelbagai gerakan tanpa kesulitan dan tanpa menyebabkan rasa sakit.



Tips Agar Tulang Tetap Kuat:

1. Makan berkhasiat
Konsumsi makanan yang mengandungi 4 sehat 5 sempurna, seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan susu. Gizi tak seimbang akan membuat tubuh diserang penyakit, yang bisa berpengaruh pada tulang. Akibatnya, hormon yang merangsang pembentukan tulang dan metabolisme tubuh akan terganggu, sehingga tulang pun akan makin keropos.

2. Jangan sembarangan diet
Meski diet, perhatikan juga kecukupan kalsium dan vitamin D untuk metabolisme tubuh. Jangan sembarangan mengurangkan mineral yang masuk tubuh, salah satunya kalsium. Vitamin D boleh diperolehi dari pada sinar matahari pukul 6 * 9 pagi dan pukul 4 petang. Tetap minum susu, karena saat ini sudah terdapat susu yang rendah lemak (non fat). Jika tengah diet, sebaiknya konsultasi dengan ahli gizi. Diet sembarangan akan merugikan tubuh kelak di hari tua, terutama cepat mengalami keropos tulang.


3.Test tulang
Untuk mengetahui apakah tulang bagus atau keropos, boleh dilakukan dengan alat pengukur kepadatan tulang yang disebut central devices. Pemerikasaan ini dianjurkan untuk usia tertentu (50 tahun ke atas) sesuai keperluan. "Bisa 6 bulan atau setahun sekali. Harus diwaspadai tulang yang cepat keropos, misalnya tulang belakang, dan tulang yang panjang (kaki dan tangan), kerana fungsinya yang banyak melakukan gerakan dan menopang berat badan," ujar Angela.

4. Sukan
Sukan juga diperlukan untuk menambah kepadatan atau ketumpatan tulang. "Tulang kita seperti otot, perlu latihan supaya kuat. Untuk mengelakkan tulang keropos, pilih sukan yang bersifat pembebanan, terutama yang menghasilkan tekanan kuat pada tulang." Biasanya, tulang akan bertindak balas terhadap beban yang diterima, sehingga akan terjadi penambahan kepadatan atau ketumpatan tulang. Sukan pembebanan juga tidak butuh banyak biaya, karena bisa kita lakukan di mana sahaja, contohnya joging, berbasikal, dan naik turun tangga.


Tulang terpanjang dan terbesar: Femur (tulang paha)

tulang paha merupakan tulang terpanjang sekaligus terbesar di dalam tubuh manusia. tulang ini juga, bersama-sama dengan tulang temporal, merupakan tulang terkuat di tubuh. panjang femur pada orang dewasa rata2 adalah 48 cm, dan diameternya 2.34 cm. femur mampu menahan beban hingga 30 kali berat orang dewasa


Tulang terkuat: Tulang temporal dan femur


meskipun relatif kecil dan perawakan gepeng, tulang temporal mempunyai predikat yang boleh dibanggakan berbanding saodara2nya sesama tulang, iaitu (bersama femur) merupakan tulang terkuat di tubuh kita. wajar saja tulang ini harus kuat, kerana dia memiliki peranan yang sangat penting dalam menjaga isi kepala



Tulang
terkecil dan teringan: tulang saggurdi (stapes bone)




Jika anda suka entri diatas nyatakannya dalam komen dibawah. Saya ingin tahu juga bahan bacaan jenis apa yang disukai oleh anda semua. TQ

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails