Search

Friday, February 11, 2011

Hot News - Paris Hilton Masuk Islam?!!!



Bukan Paris Hilton namanya jika tidak menghentakkan dunia dengan 'aksi-aksinya'. Namun, 'aksinya' kali ini, bisa jadi, sungguh diluar logik masyarakat dunia yang kenal dengan segala kelakuannya.

Aksinya kali ini berkaitan kepercayaannya terhadap agama yang dianutnya selama ini, yang dikabarkan mulai tergoyahkan. 'Paris Hilton telah masuk Islam', demikian diberitakan dailysquib.co.uk.

Namun, berita keislaman Paris Hilton yang dikeluarkan dailysquib.co.uk tersebut masih dipertanyakan dan memunculkan pro dan kontra. Sebahagian percaya dan pengedaran di berbagai blog dan situs jejaring sosial, sedangkan sebahagian besar yang lain menganggapnya sebagai 'hoax' belaka.

Laman-laman dailysquib berjudul 'Paris Hilton Converts to Islam' yang ditulis Johnny Wilko tersebut mengutip pernyataan juru bicara Paris, Ian Brinkham, di CBS News. "Dia memikirkan hal tersebut dalam beberapa masa dan ketika ia dipenjara di Kemudahan Penahanan Century Regional pada tahun 2007, ia menemui beberapa orang yang telah memeluk Islam," ujar Brinkham.

Dengan menjadi muslim, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti dengan kehidupan bebas dan ugal-ugalan. Ketika berbicara dari pusat pengajian Islam di Jeddah, ia berkata, "Saya telah menemui kedamaian sesungguhnya dalam kehidupan saya, saya dulu dikenali sebagai wanita malam, dan kurang bermoral, tapi sekarang semua itu telah berubah. Alhamdulillah!"

Hilton merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan dan mula mendirikan sekolah Islam di pusat Beverly Hills yang begitu gemerlap. "Lupakan saja tentang Scientology atau Kaballah. Ini adalah agama terbaik yang pernah ada sekarang. Saya tidak akan mengenakan tali merah di pergelangan tangan atau berjalan-jalan seperti robot yang berbicara tentang Xenu. Islam adalah agama yag wajib dianuti, dan saya akan menyebarkan ayat- ayat Al-Quran kepada semua orang, "ungkap Paris Hilton bersemangat.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah'. Sebuah kata dalam Bahasa Arab yang bererti 'murni, atau suci'. Sekolah Islamnya akan bermula pada Julai mendatang dan akan dijadikan tempat spiritual popular yang akan menghantui banyak selebriti Hollywood.

Rumor masuk Islamnya Paris Hilton ini mula merebak ketika pewaris Hotel Hilton tersebut mengadakan jumpa pers dalam rangka promosi filem 'My New BFF' (Best Friends Fo-Eva) di Dubai, pada Julai 2009 lalu. Dubai menjadi sasaran promosi bagi Paris Hilton, kerana bandar ini dinilai sebagai tempat yang strategik untuk pembangunan perniagaan. Selama 20 tahun terakhir, Dubai mengisytiharkan diri sebagai pusat jenama mewah.

Dalam acara tersebut, Paris Hilton mengenakan busana khas Arab lengkap dengan kerudung. Kepada audien, Paris menyapa dengan salam Islami 'Assalamu'alaikum.' Paris menjelaskan bahawa dirinya sangat menghormati para tetamu. "Saya hanya ingin cuba untuk menghormati semua orang yang ada di sini," ujarnya.

Setakat ini, belum dapat dipastikan kebenaran berita masuk Islamnya Paris Hilton. Jika benar selebritis Hollywood ini masuk Islam, boleh dipastikan media seluruh dunia akan gempar. Namun hingga kini belum ada agensi berita antarabangsa yang terkemuka yang memberitakan hal ini. Juga belum ada pengesahan rasmi dari Paris Hilton akan berita keislamannya baik di facebook fans page-nya, twitter mahupun artikelnya di Wikipedia. Wallahu a'lam


KEPADA SAHABAT SEMUA, HARAP TINGGALLAH KMEN SEDIKIT DI BAWAH SUPAYA SAYA DAPAT MENJEJAK ANDA KEMBALI DAN MENGETAHUI SEJAUH MANA ENTRI INI BERINFO UNTUK ANDA

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails