Search

Saturday, February 5, 2011

Life style Kesihatan :Titik Akupuntur Untuk Kesihatan : Pelajarinya

Titi-titik bermanfaat
Ini beberapa titik akupresur yang boleh anda pelajari dan manfaatkan guna mengatasi beberapa aduan:
Bahagian kepala

- Lakukan akupresur atau picit di titik yang terletak di kepala bahagian tengah, yakni antara garis yang menghubungkan kedua-dua telinga dan garis yang ditarik dari bahagian tengah hidung. Berkesan mengurangkan rasa tegang di kepala.

- Lakukan akupresur di titik yang terletak di sudut mata bagian luar. Berkesan mengurangkan rasa tegang di dahi dan nyeri sekitar mata.

- Lakukan akupresur di titik yang terletak di belakang pergelangan kaki. Berkesan mengurangkan sakit kepala dan leher kaku.

- Lakukan akupresur di titik yang terletak di tengah antara dua alis. Berkesan mengurangkan sakit kepala bahagian depan dan nyeri kepala akibat hidung tersumbat.

- Lakukan akupresur di titik yang terletak satu ibu jari dari hujung alis mata dan sudut luar mata. Berkesan mengurangkan sakit akibat migrain dan sakit mata.
Seputar pencernaan

- Titik yang terletak empat jari di bawah tempurung lutut merupakan titik penguat sistem pencernaan dan mengurangkan sakit kepala akibat ketidakseimbangan sistem pencernaan, intoleransi makanan, dan kelelahan.

- Urutan dari pusat sebelah kiri kanan dua cun (titik usus besar), berkesan memperbaiki fungsi limpa, perut, usus, dan mengusir angin.

- Urutan pada tonjolan di geraham (mengigit dengan keras ada sebuah tonjolan otot), berkesan untuk mengusir angin.

Membuat rileks
- Akupresur di pergelangan tangan (bahagian bawah dalam) mampu menyelaraskan darah dan ritme jantung.
- Lakukan akupresur di titik yang terletak di kepala bahagian tengah, yakni antara garis yang menghubungkan kedua-dua telinga dan garis yang ditarik dari bahagian tengah hidung.
- Titik yang terletak di dekat pergelangan tangan sejajar dengan jari kelima, berkesan membuat rileks tubuh. Merupakan titik kunci untuk mengurangkan segala kecemasan dan gangguan tidur.
- Titik yang terletak di antara tendon, tiga jari di atas pergelangan tangan, berkesan mengurangkan kecemasan dan membuat rileks tubuh.

Nota:
- Satu cun sama dengan jarak antara kerutan sendi buku jari tangan.
- Lakukan pemijatan (akupresur) tiap titik selama 30 saat hingga dua minit.
- Kedudukan orang yang dipijat sebaiknya terlentang atau duduk, tidak dalam keadaan berdiri.
- Sebelum mengurut tangan dicuci bersih, tidak berkuku panjang dan tajam.
- Wanita hamil tidak boleh dipijat pada beberapa titik akupresur (terutama di bahagian yang terus ke janin seperti perut).
- Alat bantuan pijat yang digunakan bersih, tidak tajam dan menyakitkan.
- Perkhidmatan Urutan boleh dilakukan dengan hujung-hujung jari, kepalan tangan, telapak tangan, pangkal telapak tangan, dan siku. Tidak dibenarkan menggunakan lutut atau telapak kaki.

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails