Search

Friday, February 11, 2011

Lifesytle Kesihatan - Tips Supaya Kentut Tidak Berbau


- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kadar lemak. Makanan tinggi lemak menghasilkan sejumlah besar karbondioksida dan beberapa di antaranya akan dikeluarkan tubuh dalam bentuk gas.

- Kelebihan karbohidrat dalam diet seseorang boleh menyebabkan masalah gas.

- Mengurangkan jumlah udara yang anda telan. Elakkan bercakap dan tertawa sambil makan, kerana perilaku seperti ini mengakibatkan menelan udara berlebihan. Makan dan minum perlahan dan mengunyah makanan anda dengan baik.

- Mengunyah gula-gula getah dan merokok menyebabkan udara yang anda hirup juga menjadi berlebihan. Akumulasi hawa ini menyebabkan kembung, membuat perut tertekan, dan menimbulkan gas.
- Elakkan pengambilan makanan pedas kerana mereka boleh meningkatkan debit asam lambung yang boleh menyebabkan kerengsaan.

- Kelebihan pengambilan minuman yang bersifat asam juga perlu dielakkan, seperti teh, kopi, minuman bersoda, dan alkohol. Ini cenderung menyebabkan iritasi pada saluran gastro-intestinal. Juga, kurangkan kebiasaan minum dengan menggunakan straw. Cara ini boleh menyebabkan udara lebih banyak masuk ke dalam saluran pencernaan.

- Kurangkan makanan yang menimbulkan gas, seperti kacang-kacangan, kembang kol, kubis, brokoli, kacang, dan pisang.

- Jangan makan tiga kali makan besar di siang hari. Sebaliknya makan lima makanan kecil.

- Setelah makan ada baiknya anda berjalan-jalan atau melakukan aktiviti seperti menaiki tangga untuk kalori terbakar dan tidak terkumpul di dalam perut. Aktiviti fizikal membantu pencernaan bekerja lebih baik.

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails