Search

Tuesday, August 9, 2011

Tanah Runtuh Cameron Highland- Tiga Jenazah Selamat Dikebumikan


CAMERON HIGHLANDS: Jenazah tiga beranak yang maut dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang di sini, semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia di sini petang tadi.

Allahyarham Jaafar Balad, 48; isterinya, Normah Gunung, 51, dan anak mereka, Mohd Iqbal, 15, antara tujuh mangsa maut yang tertimbus dalam tragedi itu.
Tinjauan mendapati anak-anaknya dalam lingkungan antara 20-an dan lapan tahun, kelihatan sangat hiba dan tidak mampu berkata-kata apabila kehilangan ibu bapa serta adiknya sekaligus dalam tragedi itu.
Orang ramai dan saudara mara mereka kelihatan memeluk erat anak yatim piatu itu.

Tragedi tanah runtuh di perkampungan Sungai Ruil di Brinchang itu meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah.

Polis menghentikan operasi mencari dan menyelamat pada 1.50 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui pada 1.20 pagi.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 45 rumah yang didiami kira-kira 1,300 penghuni dan juga perkampungan Orang Asli paling lama wujud di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails