Search

Saturday, September 24, 2011

Cardiff City - 'Kami Tak Tumpang Populariti Safee'

SEANDAINYA ada yang mendakwa bahawa kelab England, Cardiff City hanya mahu menumpang populariti penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali (gambar) bagi meraih publisiti percuma di sini, anda silap.

Bagi pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee, tohmahan itu ternyata menyedihkan dan ia boleh 'membunuh' semangat kesukanan bola sepak.

Isu permit kerja yang disensasikan segelintir pihak kononnya Cardiff seolah-olah 'tidak ikhlas' dalam usaha menjadikan Safee sebagai pemain pertama Malaysia beraksi di England juga mengguris hati ahli perniagaan itu.

Menurut Tien Ghee, beliau hairan apabila peluang yang diberikan Cardiff kepada Safee bagi membentuk kariernya sebagai pemain bola sepak langsung 'tidak dipandang' sesetengah pihak, berbanding isu negatif tersebut.

"Kami berusaha sedaya upaya mahu membantu pemain negara seperti Safee supaya mendapat pendedahan menjalani latihan bersama pemain-pemain Cardiff, ini penting bagi peningkatan karier mereka.

"Malah, seorang lagi pemain iaitu Safiq Rahim juga pernah memberitahu saya betapa dia hanya mahu beraksi di sana di atas keupayaannya sendiri, bukankah itu lebih penting (daripada mensensasikan isu permit kerja)," katanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan jaminan Tien Ghee yang akan berusaha sedaya upaya membantu penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu menya- rung jersi The Bluebirds meskipun dilaporkan berdepan masalah permit kerja.

Antara jaminan beliau termasuklah meminjamkannya untuk beraksi seku- rang-kurangnya setahun di kelab lain di Eropah sebagai salah satu syarat mendapatkan permit kerja, itupun jika aksi Safee berjaya memikat pengendali Cardiff, Malky Mackay.

Selain Safee, Cardiff yang diambil alih oleh Tien Ghee bersama rakan perniagaannya, Tan Sri Vincent Tan yang juga rakyat Malaysia sejak Mei tahun lalu juga dilaporkan berminat memberikan peluang yang sama kepada Safiq.

Ketika ditanya mengenai dakwaan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang mendakwa kelabnya tidak merujuk isu permit kerja itu kepada badan induk seperti mana dila- porkan akhbar tempatan kelmarin, Tien Ghee memberitahu,

"Isu ini sepatutnya tidak timbul kerana pemergian Safee telah diketahui oleh (Timbalan Presiden FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan jurulatih (Datuk K. Rajagobal), surat rasmi juga telah dihantar.

"Bagi saya, ada baiknya kita melihat dahulu sejauh mana keupayaan Safee memikat Mackay. Ketika ini kami hanya menunggu 'lampu hijau' daripada beliau.

"Malah, dakwaan mengatakan kami menumpang populariti Safee juga tidak berasas. Jika benar kami mahukan publisiti, sudah tentu kami menanda- tangani pemain-pemain luar seperti David Beckham," katanya.

Dalam pada itu, semasa ditanya mengenai peluang Safee menyarung jersi Cardiff, Tien Ghee memberitahu, sega- lanya terpulang kepada Mackay.

"Bila akan diumumkan (sama ada Safee menyarung jersi Cardiff ataupun tidak), kami tunggu keputusan Mac- kay," katanya.

Safee yang menjalani ujian pemili- han bersama The Bluebirds sejak seminggu lalu selepas mendapat pelepa- san daripada kelabnya, Pelita Jaya, kini kembali menjalani latihan ringan bersama rakan-rakan sepasukannya yang berjaya mara lebih jauh selepas mene- waskan Leicester City 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti pada pusi- ngan ketiga Piala Liga, Rabu lalu.

Sumber: Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails