Search

Wednesday, September 28, 2011

Oh MaMa Oh PaPa

Adakah korang masih ingat pengorbanan ibu dan bapa korang?..Kaga korang basuh kencing  berak korang, mandikan korang, jaga korang waktu demam. Ingat lagi ke lupa daratan terus...

Hu3 x per mari kita imbas kembali pengorbanan mereka kernaa  mungkin korang ada yang dah lupa

 
Masa korang kecik-kecik dulu..

Mak dan ayah tak pernah jemu mengajar korang
cara makan yang betul..


 
Korang diajar macam mana nak pakai baju..
bagaimana nak ikat tali kasut..
macam mana nak butangkan baju..

Mak ayah jugak tak lupa nak bawa korang ke bilik air
semata-mata nak mandikan anak kesayangnnya..

Malah, korang diajar cara menyikat rambut..

Dan tanggungjawab yang penting..

Mak ayah mengajar korang akan kepentingan ilmu
dalam kehidupan seharian..

Justeru itu


 
Bila umur mak ayah korang sudah meningkat tua..

Mungkin mereka tak boleh ingat lagi raut wajah korang..

...atau tak membalas panggilan korang..


Jangan salahkan mak ayah korang..
Apatah lagi nak membenci mereka..

Sekiranya..

Mak ayah korang lupa nak butangkan baju mereka sendiri..

Lupa nak simpulkan tali kasut dengan sempurna..


 
Dan bila mereka tertumpah makanan kat
atas pakaian sendiri.. 


Dan sewaktu tangan mereka menggigil ketika
menyisir rambut yang sudah bertukar keputihan..
 
Bila korang meningkat dewasa..
Janganlah sesekali tinggalkan mereka..

Kerana sudah tiba masanya mak ayah korang
memerlukan belaian kasih sayang dari anaknya.


 
Ceriakan lah kehidupan mereka yang sunyi tatkala
mereka menggembirakan korang di umur kecil..


 Supaya mereka dapat merasa kehangatan cinta dan
kasih sayang ikhlas dari anaknya..



 Jika suatu hari nanti..

Tatkala mereka tak boleh berdiri dengan sempurna lagi..

Jika mereka berjalan dengan menggunakan tongkat..


 

Janganlah korang segan nak memimpin tangan mereka..

Peganglah tangan mereka dengan erat..

Temankan mereka berjalan dengan penuh kesabaran..

Seperti mana..

Mereka menggenggam erat tangan korang sewaktu
kecil dahulu..

#######

p/s: Berbaktilah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih bernyawa di dunia ini. Jangan sesekali kita menjadi durhaka seperti Si Tanggang. Buat insan yang sudah kehilangan ibu bapanya, doakan lah kesejahteraan mereka di akhirat kelak. ^^

TERIMA KASIH KEPADA OHPERANTAU.BLOGSPOT.COM KERANA ENTRI INI...

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails