Search

Wednesday, October 19, 2011

Mayat lelaki mangsa bunuh ditemui terapung

BALIK PULAU: Mayat seorang lelaki dengan tangan dan kakinya diikat yang dipercayai mangsa bunuh ditemui terapung di persisiran pantai Batu Maung di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Supt Hatta Mohd Zain, berkata mayat itu ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari pesisiran pantai oleh seorang pekerja pembinaan jambatan kedua.
"Siasatan awal mendapati mayat lelaki itu sudah seminggu dicampak ke dalam laut berdasarkan keadaan mukanya yang hancur dan juga reput di beberapa bahagian anggota," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan doktor di Hospital Pulau Pinang mendapati mangsa mati akibat lehernya dikelar.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails