Search

Sunday, October 9, 2011

Meninggal Dunia Ketika main Golf

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, 56, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menyertai pertandingan golf di Kelab Golf Kota Permai di Kota Kemuning, Shah Alam, tengah hari semalam.

Allahyarham Zainal Rashid yang dilantik Ketua Polis Daerah Subang Jaya sejak 2007, sedang menyertai pertandingan golf bulanan bersama pegawai kanan polis Selangor sebelum mengadu sakit dada dan sesak nafas, jam 12 tengah hari.
Anggota polis yang bergandingan dengan Allahyarham dalam pertandingan itu, Inspektor Ahmad Faizal Aminuddin, berkata Allahyarham tiba-tiba mengadu haus dan sesak nafas lalu tidak mahu meneruskan permainan.
Allahyarham mengadu haus dan sesak nafas sebelum saya menasihatkan beliau berehat.



Namun, tidak lama selepas itu, Allahyarham yang sedang duduk tiba-tiba tidak sedarkan diri beberapa minit kemudian.



Saya segera menghubungi ambulans dan beliau dibawa ke Hospital Columbia Asia di Kota Kemuning, Shah Alam sebelum doktor mengesahkan beliau meninggal dunia sejurus tiba di hospital jam 12.45 tengah hari, katanya, di sini semalam.

Difahamkan, jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Serdang, dekat sini untuk bedah siasat sebelum dibawa ke surau Ibu Pejabat Daerah Polis Subang untuk dikafan dan disembahyangkan.
Turut melawat jenazah di Hospital Serdang ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar manakala Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah serta seluruh anggota dan pegawai PDRM Selangor menanti ketibaan jenazah di kediamannya di Taman Putra Perdana, Puchong.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Putra Perdana, Puchong selepas solat Isyak, malam tadi.

SUMBER : BERITAHARIAN

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails