Search

Tuesday, October 4, 2011

RM32 JUTA Dibelanjakan kerana BATU

SEORANG pekerja berdiri di depan bongkah batu seberat 340 tan yang diangkut ke Muzium Seni dari kuari Stone Valley di Riverside, California pada 22 September lalu.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Muzium Seni Los Angeles yang membelanjakan sehingga AS$10 juta (RM32.06 juta) untuk membawa sebuah bongkah batu ke sebuah bangunannya di pusat bandar ini.

Bongkah batu seberat 340 tan itu akan dijadikan karya hasil seni oleh artis terkenal AS, Michael Heizer dalam pameran yang dikenali sebagai Levitated Mass.

Ia diangkut dari kuari Stone Valley dekat sini oleh sebuah kenderaan pengangkut yang mempunyai 196 tayar yang mampu membawa berat muatan 450,000 kilogram.

Seramai 60 orang termasuk pemandu, juruarah dan anggota polis terbabit dalam usaha memindahkan bongkah batu gergasi tersebut.-

Sumber: Kosmo Online

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails