Search

Tuesday, October 4, 2011

'Saya minta maaf' - ujar Chef Wan kepada Norman@Memey

KUALA LUMPUR – Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan malam ini meluahkan permohonan maaf kepada pasangan Memey dan Norman Hakim jika komen beliau sebelum ini berhubung majlis resepsi mereka telah mengguris hati kedua pengantin berkenaan.

Chef Wan bagaimanapun menjelaskan, apa yang dikatakan melalui laman Facebook miliknya, Chef Wan Fan Club merupakan pengalamannya secara jujur berkaitan malam resepsi berkenaan.

“I honestly take this apportunity to appologised to Norman and Memey if apa yg i cakap terguris hati sebab abg tak niat mcm tu cuma menyampaikan pengalaman abg mlm tu secara jujur.

“Kan abg kata the decor memang cantik likewise all yg pakaian and everything to be fair tapi yg berjuta tu rupanya pearl tu semua.Infact u also cannot blame the pengantin if the sponsor nak meraikan wedding mereka….its their choice.its their wedding tapi silap besar is being Propa berjuta and wedding of the year sekali indah khabar dari rupa tu yg jadi sensasi!,” katanya.

Beliau memberitahu demikian melalui salah satu daripada kemas kini status di Wall miliknya.

Komen Chef Wan sebelum ini lebih bersifat rasa kesalnya terhadap majlis resepsi itu yang memperlihatkan Memey dan Norman seolah-olah bagaikan model di majlis mereka sendiri.

Selebriti terkenal itu berkata, meskipun majlis yang menelan belanja sebanyak RM12 juta itu berlangsung dengan jayanya namun kedua pasangan pengantin baru itu hanya berperanan sebagai peragawan dan peragawati di majlis itu.

Isu itu menjadi hangat apabila kakak Norman, Norish Zaid pula meluahkan rasa terkilan dan sedih dengan komen yang diberikan Chef Wan itu.

Norish menganggap komen-komen selebriti masakan itu sebagai keterlaluan dan pihak-pihak yang memberikan komen menyokong pandangan itu sebagai bersikap negatif dan cemburu.

Menurut Norish, mereka (dirinya dan ahli keluarga) serta pasangan tersebut dilayan dengan baik oleh pihak penaja dan Rafflesia Pearl Centre dari awal lagi memaklumkan bahawa majlis berkenaan sememangnya bertujuan untuk mempromosikan industri mutiara negara dan perkahwinan itu ke seluruh dunia.

Dalam pada itu, Chef Wan pada malam ini beberapa kali mengemas kini status Wall di Chef Wan Fan Club bagi memperjelaskan kembali kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Jika kita membaca kenyataan itu, agak nyata semuanya ditujukan sebagai jawapan kembali kepada Norish.

Antara kandungan kemas kini itu laha Chef Wan memberitahu Norish; “This is my facebook and i have the freedom to express my thoughts on my daily life,”. (Ini adalah Facebook saya dan saya ada kebebasan untuk meluahkan pandangan berhubung kehidupan harian saya).

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails