Search

Saturday, October 1, 2011

[Sukan] Safee Kembali Ke CArdiFF???

PENYERANG Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bakal 'berentap' dengan Safiq Rahim?

Itu teka-teki yang timbul sekiranya Safee dipanggil semula menjalani ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City selepas ini.

Sebaik misi itu terlaksana sudah baru-baru ini, penyerang berusia 27 tahun itu dikhabarkan akan dinilai semula bagi tempoh dua minggu lagi dalam waktu terdekat, manakala bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq juga dikhabarkan hanya menjalani latihan itu sebaik membantu pasukannya menyelesaikan 'Misi 33' pada saingan Piala Malaysia kali ini.

Jika ia menjadi kenyataan, pastinya ia satu persaingan sihat bagi menunjukkan siapa sebenarnya yang terbaik dalam usaha memikat pengendali The Bluebirds, Malky Mackay.

Malah bagi Safiq, dia benar-benar teruja dapat sama-sama menjalani latihan bersama Safee di Cardiff jika ia menjadi kenyataan.



"Sudah tentu saya teruja jika dapat menjalani latihan bersama-sama Safee di sana nanti. Jika dia yang terpilih pun saya tidak kecil hati, yang penting kami sama-sama dapat mempamerkan bakat kami," katanya kepada Kosmo! semalam.

Safee dan Safiq bakal memperkuatkan cabaran Gergasi Merah bagi aksi Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang musuh tradisi, Singapura di Stadium Shah Alam malam ini.

Di saat Safee masih mendapat kepercayaan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bagi aksi persahabatan menentang Australia 7 Oktober ini, Safiq yang 'tercicir' masih mengekalkan prestasi konsistennya bagi membantu Selangor layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Apa yang pasti, semangat kedua-dua pemain tersebut masih membara bagi menimba pengalaman di Cardiff biarpun harapan peminat tempatan dilihat semakin pudar lantaran masalah permit kerja yang dikatakan menghantui pemain negara untuk beraksi di England.

Begitupun pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim semasa dihubungi tidak dapat mengesahkan perkara itu lantaran jadual Safee yang agak padat ketika ini walaupun mengakui turut teruja sekiranya kedua-dua pemain tersebut menjalani latihan serentak di Cardiff.

Ia katanya, ekoran perbincangan lanjut mengenai perkara itu hanya boleh dilakukan oleh pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee bersama majikan Safee di Indonesia, Pelita Jaya.

"Memang ia sesuatu yang istimewa jika kedua-duanya menjalani latihan serentak, namun terserah kepada Cardiff untuk membincangkan perkara itu bersama Pelita Jaya.

"Buat masa ini, kami masih belum menerima sebarang jadual Liga Indonesia daripada Pelita Jaya walaupun dikhabarkan akan memulakan sepak mula pada 10 Oktober ini.

"Selain itu saya juga tidak pasti jika Liga Indonesia ditangguhkan ataupun tidak bagi memberi laluan kepada temasya Sukan SEA, November nanti," katanya.

BANGGA RASANYA MAKIN RAMAI ANAK TEMPATAN MENDAPAT PERHATIAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA...DAN

FENOMENA ANAK MUDA SKANG X LAGI MALU UNTUK MEMAKAI JERSI BOLA MALAYSIA...SYABAS!!!!

No comments:

Post a Comment

BOOST YOUR BLOG

Related Posts with Thumbnails